Sunday, May 11, 2008

Bahr Al-Mayt (Laut Mati : Sejarah dan Tauladan Dari Kisah Silam

Fakta

L aut Mati (bahasa Ibrani: ים המלח; bahasa Arab: البحر الميت‎) merupakan kawasan paling rendah di dunia yang tidak dilitupi ais, serendah 418 m di bawah aras laut, dan juga tasik masin yang terdalam, sedalam 330 m. ia juga merupakan laut termasin di dunia, dengan kemasinan hampir 30 %. Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh kerana itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya.

Tasik atau laut ini terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Panjangnya 67 km dan 18 km paling lebar. Cawang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.


Sejarah

Sejarah Laut Mati bermula pada zaman Nabi Lut apabila mereka melakukan beberapa kerosakan di muka bumi. Mereka dicela akibat beberapa perlakuan yang melanggar syariat seperti homosexual, melakukan seks sesama lelaki, merompak dan membunuh. Bagaimanapun, kaum Nabi Lut ini lebih terkenal dengan sejarah homosexual. Klimaks kemurkaan Allah terhadap kaum ini bermula apabila Allah menghantar Malaikat yg menyamar sebagai seorang lelaki yang tampan. yg tinggal bersama Nabi Lut. Apabila mereka mengetahui tetang kehadiran lelaki tampan ini, mereka bergegas ke rumah Nabi Lut dan merogol lelaki ini. Malaikat telah diarah untuk menterbalikkan kawasan tempat tinggal mereka ke bawah. Bagaimanapun, pengikut Nabi Lut telah diselamatkan dari malapetaka ini.

Sejarah Laut Mati boleh juga dilihat di dalam Surah Ar-Rum di dalam Al-Quranul karim.

Semoga kita mendapat iktibar daripada malapetaka yg menimpa Kaum Nabi Lut supaya menjauhkan diri daripada melakukan kemaksiatan yg sama...

Wa na'uzubillah min Zalik

1 comment:

puan farina a.k.a erin said...

no comment. Hairan je tengok nama2 kt sini, cam familiar je. Think i know u guys. Keep on writing good articles.